kisah hidup ku

kisah hidup ku

Tuesday

ampunilah dosaku



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat.....Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas....Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal.......Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.....Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista......Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu......Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah........Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku....Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.....Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.....Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai....Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku.....Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu.......Sekiranya aku engkar dan derhaka.......Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu.....Ya Allah sesungguhnya.......Aku lemah tanpa petunjukMu.......Aku buta tanpa bimbinganMu......Aku cacat tanpa hidayahMu......Aku hina tanpa RahmatMu....Ya Allah......Kuatkan hati dan semangatku......Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.......Jadikanlah aku muslimah yang disenangi......Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu.......Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah.....Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.......Kerana aku pasrah dengan dugaanMu......Kerana aku sedar hinanya aku......Kerana aku insan lemah yg kerap keliru......Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.......Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu.........Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.....Ya Allah Ya Tuhanku........Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati....Insan yang dikasihi.....Insan yang solehah......Insan yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


2 comments: