kisah hidup ku

kisah hidup ku

Saturday

kenangan kita bersama....

 hai...da lama nad x tulis kt blog nie...heheheh ...tiba2 nad rindu zaman belajar dlu...huuhuhu, rindu ye kt hangpa semua ble la dpt jmpe lg kn...selalu tgk pic korang  taw...  kalau la leh balik timer belajar dulu kn best...tp bkn boleh pn...heheheehe..nad happy tgk korg semua..bab ada yg da sambung belajar...yg dah bertunang...da kawin...n yang nk b'kawin pn ada...hehehehe..semoga korang happy selalu..n murah rezeki... :) mls nk citer byk2...nad nk tunjuk pic2 timer nad belajar dlu bersama member2 skli...ape2 pn i miss u all.... :)
ini pic kenangan timer sem 1...masa hari first masuk ke kos masing2... ble tgk blk lawak je...hahahaha mcm bdk sekolah je... :P nie semua satu dorm nad..10 org...huhuhu 
nisa, izah,sal,me,hana,akma,kinah,sue,ayu n zack
nie plk pic timer kami  p pandai merdeka x silap la...huhuhu saje2 jalan kt tempat org kn... :)





Thursday

sometimes we must cry

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup nie bukan sekadar utk ketawa....
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya  nilai air mata.

Berterima kasih pd org yg menyakitmu kerana dialah yg mengajarmu erti sabar.
Berterima kasih pada org yg tidak mengendahkan mu kerana dialah insan yg memupukmu  berdikari..
Berterima kasih pd orang yg mnjatuhkan kamu kerana dialah org yg memperhebatkan mu
Berterima kasih kpd orang yg menyiksamu kerana dialah jua yg menuji kesabaran dan ketabahanmu..

Masker putih telur


Adakah korg ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, nad yakin kebanyakan korg akan mengatakan ya. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak “maintain” awet muda. Sentiasa kelihatan 
10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Satu faktor yang menandakan korg semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu korg risaukan
.
Tapi kalau korg tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka korg2 kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh nad tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan masker putih telur. Semua kulit sesuai untuk melakukan rawatan ini.nad pn sllu wat jgak rawatan nie kt umah...

Beberapa langkah yang boleh korg praktikkan adalah
 Cara membuat masker putih telur adalah sebagai berikut :

1.     1.  Bersih dan cuci wajah korg dan lap hingga kering. Ambil sebiji telur , pecahkan dan asingkan bahagian kuning dan putihnya.

2.  Sapu putih telur pada wajah, hindari bahagian mata dan kelopak mata, serta daerah sekitar bibir.

3.  Tunggu lebih kurang 30 minit atau sampai putih telur kering dan wajah terasa tegang.

4.  Sebaiknya ketika ini jangan bercakap atau senyum.

5.  Akhirnya, bersihkan masker menggunakan air suam, setelah bersih rasakan perbezaannya.
korg boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, apabila kulit korg dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Selain itu, sekirannya anda mempunyai masalah dengan noda bekas jerawat dan kulit terasa kering juga boleh menggunakan putih telur sebagai masker wajah, kerana masker ini boleh membantu anda mengurangi masalah tersebut..

Selain itu perawatan ini juga dapat menghilangkan flek hitam akibat terbakar sinar matahari, mengecilkan pori-pori pada wajah dan  baik juga untuk kulit kering dan berminyak.selamat mencuba..^_^


Rawatan kecantikkan di rumah

Kita dikelilingi oleh makanan yang lazat lagi berkhasiat yang mampu memanjakan dan membuat kulit kita berseri. Maka, setiap kali anda bertemu salah satu makanan di bawah, ingatlah untuk mengambil manfaat dan kelebihan darinya agar kulit anda kelihatan licin, lembut, cantik dan berseri..
BadamMinyak Badam (Almond)
Minyak badam baik untuk mengatasi kekeringan kulit dan untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat lama. Kisar 3-5 biji badam bersama air dan sapunya ke wajah anda setiap hari.
Pisang
Hancurkan pisang dan campur bersama susu dan kemudian sapukannya pada wajah anda. Cuci wajah anda selepas 20 minit. Ia akan membuatkan kulit anda halus dan anjal.
Timun
sapukan jus timun atau hirisan timun atau jus timun yg dicampur dengan jus karot, daun salad atau alfalfa ke wajah anda untuk membuang sel-sel kulit yang mati.
Putih telur
Campurkan putih telur dan madu dengan baik dan terapkannya ke wajah anda. Ia akan membuat kulit anda halus dan membantu mengurangkan kedutan.
Madu
Sapukan 1 sudu teh madu dicampur dengan air untuk semua kesan tompokan pada kulit. Ini akan menjadikan kulit anda bersinar. Guna madu yang dicampur dengan susu, yogurt dan biji bijan yang dikisar dalam nisbah yang sama untuk kulit yang cerah dan cantik.
Jus limau
Jus Limau adalah peluntur semulajadi. Terapkan serbuk kunyit yang dicampur bersama dengan air limau nipis untuk menghilangkan kesan kulit terbakar. Guna air limau nipis segar dicampur dengan segelas susu panas untuk mencuci wajah dari tompok hitam (blackheads) dan kulit yang merekah.

Oatmeal
Campur oatmeal bersama-sama dengan dadih atau yogurt dan jus tomato dan sapukannya pada wajah. Biarkannya selama 20 minit dan kemudian cuci dengan air sejuk. Ini membantu untuk menghapuskan kesan kulit terbakar dan mencerahkan kulit.
Betik
Sapu dan minum jus betik mentah termasuk kulit dan biji untuk rawatan pembengkakan jerawat, jerawat, atau pertumbuhan yang tidak normal pada kulit. Ini juga menghilangkan tompok putih (whiteheads) dan bisul pada kulit. Gosok betik mentah atau yang sudah masak ke wajah anda untuk mendapatkan kulit halus dan bersinar.

Kentang
Terapkan kentang parut sebagai mask untuk mengubati tompok pada kulit, kedutan dan bisul.


Lobak
Buat paste dari biji lobak tanah dengan air dan sapukannya pada wajah untuk menghilangkan tompok hitam (blackheads). Guna parutan lobak putih atau jus untuk kulit yang lebih cerah.

Kunyit
Campurkan serbuk kunyit dengan susu dan terapkannya pada wajah. Ia menghilangkan warna perang atau kulit terbakar dan membantu mengurangkan rerambut pada wajah. Kemudia gunakan skrub wajah dan kemudian cuci dengan air sejuk. Sapukan campuran serbuk kunyit dengan jus nanas untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Tepung gandum
Sapukan adunan tepung gandum dengan cuka untuk menghilangkan bintik hitam di muka mcm masker…























Wednesday

surah pilihan ketika hamil

hari nie nad nk kongsi tentang hamil...walaupun nad blm berkahwin lg n blm hamil pn....tp nad nk kongsi pasal surah2 yg elok utk kita hamil...nad ltk kt blog nie sbagai note untuk masa dpn je...heee ^_^ selamat membaca...:p

Amal yg sllu digalakkan kpd ibu2 mengandung adalah seperti membaca beberape ayat al-Qulan dr al-Baqarah(ayat kursi dan al-Bagarah) yg berkhasiat menghindarkan ank yg dikandung juga ibu yg mengandung drpd bisikan dan gangguan syaitan sma ada semasa mengandung, pasca kelahiran seterusnya sehingga ank membesar. la dibaca sebagai wirid pd waktu pagi dan petang dgn disusuli sekurang2 surah Qul iaitu surah al-kafirun , al-ikhlas, al-Falaq,al-Nas.
seterusnya elok diamalkan doa2 yg biasa dibaca selepas solat,doa memohon keselamatan dan kesejahteraan serta zuriat yg soleh ataupun doa khusus semasa mengandung..
selain amalan doa diatas, ibu2 mengandung juga digalakkan membaca keseluruhan al-Quran(khatam al-Quran)sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung sembilan bulan itu..

Dibawah disenaraikan beberapa surah di dalam AL-Quran utk dijadikan amalan harian..
 ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
  1. Surah Yusuf : Untuk mendapatkan ank yg comel/cantik
  2. Surah Luqman : Untuk mendapatkan anak yg bijak/pintar/pandai
  3. Surah Maryam : Untuk mendapatkan anak yg soleh.
  4. Surah An-Nahl ayat 78 : utk memudahkan bersalin(dengan izin Allah SWT)
  5. Surah Al-Fatihah
  6. Surah Yaasin
  7. Surah Ayatul Kursi
  8. Surah Al-Araaf ayat 189
  9. surah Al-Imran ayat 38 : Doa memohon anak yg baik
  10. Surah Al-Imaran ayat 8-9 : Doa memohon rahmat
  11. Surah Ibrahim ayat 40 : Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
  12. Surah Al-Baqarah ayat 128 : Doa agar anak patuh kpd Allah SWT
  13. Surah Yassin ayat 22-23 : Untuk menjaga aqilah/ memberi hidayah kpd ank.
  14. Surah As-sajdah ayat 7-9 : Doa agar anak menjadi orang yg soleh dan baik.
  15. Surah Al-Furqan ayat 74 ; Doa agar dikurniakan anak yg menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa/doa utk mendisiplin ank/doa utk kebahagiaan sekeluarga..
untuk mudahkan ank2 menerima pelajaran, suruh anak2 mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1-8 (Alam nasyrah) dan surah Al-Alaq (lqra') dlm solat subuh.. selain itu hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati..insyaallah.. :)



note cinta...1

Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!

kata kata

Sakit hati, kesedihan, kemalangan, kegagalan, kejatuhan semua adalah bentuk2 dri bahagian pelajaran kehidupan yg sgt berharga.dengan mempelajari, mengamati,  menganalisa semua itu di atas, maka akn kita mampu menghargai sebuah bntuk pengorbanab,  perjuangan  dan pengendalian diri dri semua hal yg x akn pernah sia2.hasilnya adalah kecekalan, kematangan, kedewasaan, kemajuan, kejayaan…

Dah READY ke nak kahwin?


Bila tiba musim raya, musim keramaian, musim kenduri… yang akan berkahwin tu sure happy je la kan. Alhamdulillah, nad doakan moga berkekalan hingga ke akhir masa. Tapi bagi yang tak kahwin-kahwin tu? Adoi… kesiannnn nad pn blm kahwin jgak...hahaha....

Bagi girls lah yang selalunya akan lebih terasa tension dan tertekan akibat soalan dan pertanyaan bertubi-tubi sepanjang ‘Musim Raya+kahwin” ni kan…tapi kan, you all ni yang asyik memikirkan tentang nak kahwin… asyik bercakap pasal nak kahwin, “Nak kahwin…nak kahwin… let me ask you, dah betul-betul ready ke nak kahwin?” Jangan hanya mulut kata ready tetapi hati, jiwa dan diri masih tak tahu, tak yakin… macamana nak kahwin cam tu beb?


Let me ask you MORE :-
Adakah anda sudah sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda? – Ooo…nak cari pasangan yang tak kisah isteri pandai/boleh masak ke tak. I tell you, lelaki sekejap je tak kisah, sekejap je boleh la makan luar… Tapi, takkan nak makan nasi bungkus je beb, takkan nak makan luar setiap masa… sampai suatu masa, mesti nak isteri dia masak. Sebab, dia rindukan masakan mak dia… so, boleh masak?


Adakah anda sudah sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda?

 -  Tidak boleh serapat mana berkawan dengan lelaki lain lagi, tidak boleh senang-senang keluar rumah lagi, tidak boleh balik jauh-jauh malam. Tidak boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan lelaki. Semua ni jika anda lakukan jugak setelah kahwin… well, maybe you kahwin dengan suami yang sporting dan tak jealous… tetapi ALL that akan membuat dia merasa tercabar!
Adakah anda sedia meletakkan suami lebih dari semua orang? – Bukan kawan anda, bukan saudara mara anda, bukan kawan-kawan anda, BUKAN semua orang! Semuanya untuk suami anda, nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa, apa-apa sahaja… MESTI rujuk pada suami, boleh?

Adakah anda ready to be a real housewife? -
 Walaupun anda seorang Career Woman, pagi-pagi nak kena pergi kerja. Kena siapkan kerja yang bertimbun… bila anda balik rumah, you’re NOT a career woman anymore, adakah anda ready to face that? You kena kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, gosok baju suami, Kalau jumpa suami yang sanggup buat kerja rumah sama-sama, okaylah. Tapi kalau yang malas, amacam? Very rare suami tolong isteri buat kerja rumah beb…

Adakah anda sedia untuk menghadapi ibu mertua mu?
 – Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan anda dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian lama?  Masakan tak sesedap masakan yang dia masak, bersih tidak sebersih dia. Walau bergunung usaha anda namun satu pun tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri anak lelakinya dari dia beb hehehe… sampai bila-bila pun dia akan menyimpan dendam. Cam? Ready nak kahwin?

Adakah anda betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi?
Bukan ingin menakutkan you all…tetapi Cuma mahu memberi gambaran sebenar. Jika you all betul-betul ready well tentu saja boleh berkahwin la kan. TAPI kalau sekadar nak kahwin,kerana semua orang dah kahwin… tetapi belum betul-betul ready lagi… ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai. Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan  yang hanya berkahwin beberapa bulan BAMM!! Bercerai!

PENTING : Ignore je soalan-soalan bodoh dan menyakitkan jiwa bila pulang ke kampung nanti. Tak perlu jawab, dan tak perlu fikir apa nak jawab… BE SILENT! IGNORE… lagi menyenangkan hati. Kalau boleh get away daripada orang-orang sebegini… kerana mereka sebenarnya AMAT MEMBOSANKAN!



........

awk kli pertama melihat awk..saya dpt rsa ssuatu yg berlainan saya rasa dh jatuh cinta...lwk plk rsa...haha
mngkin nie takdir tuhan pertemuaan sya dgn awk kot...pertama kli kita  jmpe msa dlu kt tmpt sya li dlu...snggup awk dtg jauh2 jmpe sya kn...snggup tlng sya psl xkapel sya dlu...sya nmpk ikhlas awk...mngkin sbb tuu..sya tiba2 leh jtuh cinta kot..eemmmm dri situ la..kita sllu msg...sllu call...awk byk amek berat psl saya....sya rsa happy sgt..wlupun pn cra awk kasar..tp sya taw hati awk lembut...lama2 lps 2..kita pn bersama dlm alam percintaan...setelah b'bulan2 berlalu kehadiran sya dlm kehidupan awk....sya telah bw awk ke dlm alam kecewaan...maafkn sy awk..krna tinggal kn awk...sya x berniat utk tinggalkan awk wktu2 awk memerlukan sy cuma sy fkir inilah jln terbaik utk kita....kdang2 sy t'fkir yg sya nie layak utk awk??? setiap kli sy t'fkir psl ....??sy sllu minta putus..awk b'tahan n pujuk sya...awk ttp setia n mempertahankan hubungan kita...awk kata x nk kehilangan sya bab awk cintakn sya....awk maafkn sya...tp 2 dlu..awk da bosan dgn perangai sya asyik minta ptus je...sya t'lalu fkiran kebhagian awk je...x pernah fkirkan hati n perasaan awk...masa hari jadi awk sya x blh lgi tahan perasaan sedih sya tiba2 air mata sy mengalir...krna sya tiada duit utk sambut hari jadi awk..hanya ucapan tulus n ikhlas sahaja sya mampu berikan pd awk...awk maafkan sya krna sya x jadi seperti ape awk inginkan....awk maafkan sya kerna hnya blh beri kasih syg, cinta n rindu sya saja yg sya blh berikan pd awk.. MAAFKAN SAYA ATAS KESILAPAN SAYA SELAMA INI!!!

Tuesday

kuatkan semangat ku Ya Allah....

8/11/11~ tarikh di mne aku x dpt lupakan smpai ble2...trikh di ne aku cewa wat kli ke b'ape xtaw la...Ya Allah kuat kn la semangat ku....redhakn la aku Ya Allah...aku terima saja cubaan mu nie...amin...

Sunday

Buat Mereka Yang Sedang Kecewa


Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. 

Saturday

koleksi pantun sms hari raya aidiladha

Tolong doakan setiap malam kt dpn rumah aku ada lalu....
dia tengok2 jer....bwa pisau,bara api dan ketulan2 daging...
seram betul..dia jerit...
SATE!...SATE..!
SELAMAT HARI RAYA KORBAN...
############################################

sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya sekadar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk
MOHON maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
#############################################

ISNIN cari SELASA, 
nak tanya nmpk tak RABU,
agar ingatkan KHAMIS beritahu,
JUMAAT supaya tak lupa,
mesej kat SABTU 
yang AHAD dah raya!!!!
############################################

bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat...

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
#########################################

lembu tua hilang dsawah,
org kg sibuk mncari,
jika anda tekan ke bwh,




dah sah....andalah lembu yg kami cari!!!!
klau ada jarum yg patah,
xpaya la d simpan lgi,
klau ada hati yg marah,
kna ingat sy pun terkena td.
jarum yg patah 2 pegi la buang,
jgn dbuang bsama kain,
klau xnk kena sorang2,
hntr la msg ni kt org lain..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....


SALAM  HARI RAYA AIDILADHA.....wat semua...^_^ nad mohon maaf klw ada slh selama nie...*_^

aku memohon kepada mu ya ALLAH

Bismillahhirohmanirrahim...
Dengan nama yang maha pengasih....
lagi maha penyayang...
Ya Allah.......
seandainya telah engkau catatkan....dia milikku tercipta buatku....
satukanlah hatinya dengan hatiku....titipkanlah kebahagiaan antara kami....
YA Allah ya tuhanku yg maha mengasihi....
seiringkanlah kami melayari hidup ini.....
ketepian yg sejahtera dan abadi......
maka jodohkanlah kami....
tetapi Ya Allah....
seandainya telah engkau takdirkan.....dia bukan milikku....
bawalah dia jauh dari pandanganku.....luputkanlah dia dri ingatanku....
dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya tuhan ku yang maha mengerti....
berikanlah aku kekuatan.....menolak bayangannya jauh ke dada langit....
hilang bersama senja yg merah...agarku sentiasa tenang...
walaupun tanpa bersama dengannya.....Ya Allah yg tercinta....
pasrahkanlah aku dengan takdirmu....sesungguhnya ape yg telah engkau takdirkan...
adalah yg terbaik untuk ku...ssungguhnya engkau maha mengetahui....
segala yg terbaik buat hamba-mu ini...Ya Allah...
cukuplah engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku...
di dunia dan di akhirat....dengarlah rintihan dari hmba mu yg dhaif ini...
janganlah engkau biarkan aku sendirian...di dumia ini mahupun di akhirat....
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.....
maka kurniakanlah aku seorg pasangan yg beriman....
agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup....
ke jalan yg engkau redhai....dan kurniakanlah pd ku keturunan yg soleh dan solehah...
Ya Allah.....
berilah kami kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat....
dan peliharalah kami dr azab api neraka....
AMIN...AMIN....AMIN.....YA rabbal 'aalamiin...

terima kasih kerana membaca...cinta yg sejati hanya pada maha pencipta...yg tlh mencipta kita sekian umat...
06/11/2011 (1:32 am)




















khasiat buah delima



Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.....
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera

Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 



"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut

Friday

kesat air mata 2....



Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU?
 KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..^_^

Thursday

faktar menarik tentang kucing....

korang suka haiwan ape?? nad suka kucing...;) enrty nad ari nie..pasal kucing plk...nad suka kucing ^_^ bab ye comel sgt2...n manja....paling nad suka kucing belang2...^_^..nad nk kongsi dgn korang psl faktar menarik tentang kucing....mai baca..(mcm ada je nk bca blog nad nie... :p) huhuhu...
  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  • Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  • Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  • Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  • 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  • Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 
menarik kn psl kucing nie...nad nk boh pic kucing yg pernah nk copy n paste kt notebook nad nie...^_^ arap2 korang pn suka tgk kucing yg comel nie... yela...^_^