Bila tiba musim raya, musim keramaian, musim
kenduri… yang akan berkahwin tu sure happy je la kan. Alhamdulillah, nad doakan moga berkekalan hingga ke akhir masa. Tapi bagi yang tak kahwin-kahwin
tu? Adoi… kesiannnn nad pn blm kahwin jgak...hahaha....
Bagi girls lah yang
selalunya akan lebih terasa tension dan tertekan akibat soalan dan pertanyaan
bertubi-tubi sepanjang ‘Musim Raya+kahwin” ni kan…tapi kan, you all ni yang
asyik memikirkan tentang nak kahwin… asyik bercakap pasal nak kahwin, “Nak
kahwin…nak kahwin… let me ask you, dah betul-betul ready ke nak kahwin?” Jangan
hanya mulut kata ready tetapi hati, jiwa dan diri masih tak tahu, tak yakin…
macamana nak kahwin cam tu beb?
Let me ask you MORE
:-
Adakah anda sudah
sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda? – Ooo…nak cari
pasangan yang tak kisah isteri pandai/boleh masak ke tak. I tell you, lelaki
sekejap je tak kisah, sekejap je boleh la makan luar… Tapi, takkan nak makan
nasi bungkus je beb, takkan nak makan luar setiap masa… sampai suatu masa,
mesti nak isteri dia masak. Sebab, dia rindukan masakan mak dia… so, boleh
masak?
Adakah anda sudah
sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda?
- Tidak boleh serapat mana berkawan dengan
lelaki lain lagi, tidak boleh senang-senang keluar rumah lagi, tidak boleh
balik jauh-jauh malam. Tidak boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan
lelaki. Semua ni jika anda lakukan jugak setelah kahwin… well, maybe you kahwin
dengan suami yang sporting dan tak jealous… tetapi ALL that akan membuat dia
merasa tercabar!
Adakah anda sedia
meletakkan suami lebih dari semua orang? – Bukan kawan anda, bukan saudara mara
anda, bukan kawan-kawan anda, BUKAN semua orang! Semuanya untuk suami anda, nak
buat apa, nak pergi mana, nak makan apa, apa-apa sahaja… MESTI rujuk pada
suami, boleh?
Adakah anda ready to
be a real housewife? -
Walaupun anda seorang Career Woman, pagi-pagi nak kena
pergi kerja. Kena siapkan kerja yang bertimbun… bila anda balik rumah, you’re
NOT a career woman anymore, adakah anda ready to face that? You kena kemas
rumah, basuh pinggan mangkuk, gosok baju suami, Kalau jumpa suami yang sanggup
buat kerja rumah sama-sama, okaylah. Tapi kalau yang malas, amacam? Very rare
suami tolong isteri buat kerja rumah beb…
Adakah anda sedia
untuk menghadapi ibu mertua mu?
– Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan anda
dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian
lama? Masakan tak sesedap masakan yang
dia masak, bersih tidak sebersih dia. Walau bergunung usaha anda namun satu pun
tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri
anak lelakinya dari dia beb hehehe… sampai bila-bila pun dia akan menyimpan
dendam. Cam? Ready nak kahwin?
Adakah anda
betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi?
Bukan ingin
menakutkan you all…tetapi Cuma mahu memberi gambaran sebenar. Jika you all
betul-betul ready well tentu saja boleh berkahwin la kan. TAPI kalau sekadar
nak kahwin,kerana semua orang dah kahwin… tetapi belum betul-betul ready lagi…
ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai.
Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan yang hanya berkahwin beberapa bulan BAMM!!
Bercerai!
PENTING : Ignore je
soalan-soalan bodoh dan menyakitkan jiwa bila pulang ke kampung nanti. Tak
perlu jawab, dan tak perlu fikir apa nak jawab… BE SILENT! IGNORE… lagi
menyenangkan hati. Kalau boleh get away daripada orang-orang sebegini… kerana
mereka sebenarnya AMAT MEMBOSANKAN!

No comments:
Post a Comment